07 Juli 2008

Sejarah Gitar

Sebelum pembuatan gitar elektrik diperkenalkan, gitar secara asasnya dikenali sebagai satu alat muzik yang mempunyai leher yang panjang, badan dan bahaian belakang yang rata dan selalunya berlekuk dibahagian tepi . Alat ini telah mula popular sejak 5000 tahun yang lalu.Gitar klasikal yang bertali 6 mula wujud di Sepanyol dan ianya adalah satu alat yang mempunyai sejarah yang sangat panjang. Sepertinya juga alatan muzik bertali dari Eropah lain yang mempunyai persamaan dengan gitar juga telah berusia ribuan tahun. Dari Timur tengah hingga ke Asia Tengah dan India. Daripada situ secara tidak lansung ia mempumyai hubung kait anntara satu sama lain sperti Tnbur Iran dan Setar ( di India dikenali sebagai sitar.).

Perkataan gitar diambil dari perkataan Sepanyol “guitarra” yang diambil dari perkataan Latin “Cithara” dimana ianya pula diambil dari perkataan Parsi “Shitar” dan ianya secara tidak lansung mempunyai hubung kait dengan Sitar. Gitar moden mempunyai asal usul dari Cithara Rome yang dibawa oleh orang-orang Rome ke Hispania dalam tahun 40AD. Dan ianya kemudian dimajukan daripada Oud bertali 4 ( orang kita mungkin mengenalinya sebagai gambus ) oleh orang-orang Moors (orang muslim di semenanjung Iberia dan Afrika Utara )selapas mmerka menakluki semenanjung Iberia pada abad ke 8. Sementara itu ditempat lain di Eropah alat muzik bertali 6 Scandinavian yang dikenali sebagai “lute” semakin popular dibahagian yang ditakluki oleh orang-orang Viking.

Pada 1200AD gitar yang bertali empat telah berkembang dan dipecahkan menjadi dua jenis iaitu Guitarra Moorisca ( gitar Moorish ) dimana bahagian belakang gitar berbentuk bulat dan mempunya fretboard yang lebar, badan yang mempunyai banyak lubang bunyi dan yang kedua Guitarra Latina ( gitar latin ) dimana gitar moden yang dicantumkan dengan satu lubang bunyi dan fretboard yang kurang lebar dari Guitar Moors.

Vihuela atau “viola da mano “ dari Sepanyol adalah alatan muzik yang mana rupanya mirip kepada gitar. Ianya mula dijumpai pada abad 15 atau 16,merujuk kepada persamaannya dengan gitar maka ianya dianggap sebagi nenek moyang kepada gitar moden. Ianya mempunyai tuning seperti Lute dan badannya seperti gitar. Vihuela hanya popular dalam jangka masa yang pendek kerana ianya telah dibayangi dengan kewujudan dan populariti gitar.

Keluarga Vinnacio terkenal sebagai orang yang memperkenalkan mandolin dan mungkin telah membuat satu gitar yang paling lama bertahan. Gaetano Vinnacio mempunyai tandanya yang tersendiri pada gitar yang dubuat di Neples, Italy dengan tarikh pada tahun 1779.


Google