07 Juli 2008

gitar masa renneisance

Ianya dikenali sebagai nenek moyang kepada gitar klasikal moden. Ianya lebih kecil dan lebih halus dan teliti buatannya. Bunyi yang dihasilkan juga lebih perlahan dari gitar klasikal moden. Ianya dipsangkan tali secara berpasangan seperti gitar bertali 12 tapi ia hanya mempunya 4 atau 5 pasangan tali sahaja berbanding gitar moden. Ianya digunakan dalam permulaan persembahan dan bertindak sebagai gitar irama (rhythm). Gitar kedua zaman ini mudah dibezakan dengan gitar renaissance hanya kosong dan biasa sahaja manakala gitar baroque pula penuh dengan hiasan bungaan dan corak pada badan dan leher gitar.

Gitar ini menggunakan tali yang diperbuat daripada nilon. Dimainkan dalam posisi duduk dan dalam pelbagai bentuk dan jenis muzik termasuk klasikal. Gitar dibuat agar dapat melaksanakan susunan solo polifonik didalam cara yang sama seperti pemain piano lakukan. Ini adalah salah satu perbezaan yang terdapat pada gitar klasikal dengan gitar yang lain. Gitar flamenco adalah sama dengan giitar klasikal dari segi pembutan tetapi berbeza dari segi peranan. Ianya lebih banyak berhubung dengan bunyi alatan paluan.

Di Mexico kumpulan gitar yang dipanggil Mariachi Band mencampurkan pelbagai jenis gitar, dari Requinto yang bersaiz kecil sehinggala gitar yang lebih besar dari cello yang dikenali sebagai guitarron dan berpernan sebagai gitar bass.

Di Columbia juga kumpulan muzik tradisional tempatan mencamurkan pelbagai jenis gitar dari bandola yang kecil bernama Deleuze-Guitarri (yang digunakan semasa mengembara dan dalam ruang yang terhad) , gitar tipple sederhana besar sehinggalah gitar klasikal bersaiz besar.


Google